Pages

ABA 2O11

No. Tel : O5-2559896
No. Fax : O5-2432785

Wednesday, July 27, 2011

.::Hukum Kahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah::.

Soalan

Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.

Jawapan

Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita.

Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya.

Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu.

"Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya.

"Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya"

Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :-

"Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol"

Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah.

"mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah.

Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya.

Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:-

Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya.

Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut.

HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL

Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah.

Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78).

a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup

Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-

Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )

b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung

Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :-

وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ

Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3)

c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati

Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-

والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً

Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 )

Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :

ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله

Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )

Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.

Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik.

Kes Zina Bermasalah

Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح

Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :

"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Wednesday, July 20, 2011

::KURSUS TARANNUM UNTUK GPI & GJQAF::

TARIKH : 23 Julai 2011
TEMPAT : SK Tambun
PESERTA : Seorang GPI & GJQ
KELOMPOK : 1 - 5
BAYARAN : RM 15.00 SEORANG
MASA : 8.00 PG - 1.00 PETANG

SEKOLAH KELOMPOK 1 HINGGA 5

1.SK HJ MAHMUD
2.SK SYED IDRUS
3.SK MANJOI SATU
4.SK JELAPANG
5.SK DATO' AHMAD SAID TAMBAHAN
6.SK JATI
7.SK SILIBIN
8.SK JELAPANG JAYA
9.SK CHEPOR
10.SK MANJOI DUA
11.SK BANDAR BARU PUTERA
12.SK TANJONG RAMBUTAN
13.SK PASUKAN POLIS HUTAN
14.SK PERPADUAN
15.SK METHODIST (TG.RAMBUTAN)
16.SK TARCISIAN CONVENT
17.SK SERI MUTIARA
18.SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG
19.SJKC POI LAM
20.SK TASEK
21.SK TASIK DAMAI
22.SK SERI KELEBANG
23.SK TASEK DERMAWAN
24.SK MARIAN CONVENT
25.SK LA SALLE
26.SK TAMBUN
27.SK PAKATAN JAYA

Diharapkan pihak sekolah boleh memberi pelepasan kepada guru yang terlibat untuk menghadiri kursus di atas.Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday, July 18, 2011

::Meeting j-QAF 19 Julai 2011::

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM KECEMERLANGAN j-QAF KINTA UTARA TAHUN 2011

Tarikh asal : 11 Julai 2011 (Isnin)

Tarikh Baru: 19 Julai 2011 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seri Kinta, PPD Kinta Utara, Ipoh
Guru Terlibat : Seorang Penyelaras j-QAF


Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Faisal b. Mohd Yusof ditalian 05-2547472 @ 019-5732167


Sekian dan terima kasih.

::Aktiviti UPIPPDKU 18-23 Julai::

Assalamualaikum wrt. wbt. & Selamat Sejahtera

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan,
Daerah Kinta Utara.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah merujuk kepada surat ruj.kami : PPDKU 02/09/012 JLD 3 (14)


Sukacita dimaklumkan bahawa perkara tersebut di atas akan diadakan mengikut ketetapan berikut;


TARIKH : 18 JULAI 2011 (ISNIN)

MASA : 2.00 PTG - 5.00 PTG
TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) MANJOI

Sehubungan itu,dipohon agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada guru-guru yang disenaraikan dibawah;


1.AHMAD SHAUQI B ABDUL RAHMAN - SK SERI AMPANG

2.MUSLIMAH BT WAHID - SK JATI
3.MOHD HAFIZI B SHAHARI @ABDULLAH - SK.SG.RAPAT
4.WAN HANUM SURAYA BT WAN MOHAMAD - SK SG.ROKAM
5.NORAINI BT HJ MOHAMAD - SK TAMBUN
6.MASZIANA BT ABU BAKAR - SK. TG. RAMBUTAN
7.ROSLINA BT ALIAS - SK CHEPOR
8.NORAZLINA BT MAT ZAIN - SK HJ MAHMUD
9.RADHYAH BT ABDULLAH - SK KG. PASIR PUTEH
10.SABARIAH BT CHE HARON - SK PASUKAN POLIS HUTAN
11.ROSNAH BT ZAINI - SK JALAN PEGOH
12.NORSILAWATI BT MOHD ZIM - SK JELAPANG
13.ZUHURMAH BT ZAINAL ABIDIN - SK JALAN PEGOH
14.CHE RUPAWAN BT NANYAN - SK DATO' AHMAD SAID TAMBAHAN
15.NORSYITA BT GHAZALI - SK BANDAR BARU PUTERA
16.NORABDILAHFIDA BT ZAMHURI - SK PENGKALAN PEGOH
17.MARDIANA BT KAMIL - SKMANJOI SATU
18.SYAKIRAH BT MUSTAFA - SK MANJOI DUA
19.AZURA BT MUHAMAD - SK SYED IDRUS
20.ROSMIDAYATI BT YAHAYA - SK SILIBIN
21.HASLIDA BT JUNOH -SK TARCISIAN CONVENT
22.NUR DALILAH BT AMAN - SK SIMPANG PULAI
23.NASHIDAH BT SAIDIN@KHADIR - SK ST.MICHAEL 2
24.FARAWAHIDA BT MOHD KHALID - SK JLN PANGLIMA BUKIT GANTANG
25.NOR ZURAIDA BT BAAI - SK KUALA PARI
26.NURHUDA BT ABD.AZIZ - SK RAPAT JAYA
27.ROSDI BT FAUZI - SK PAKATAN JAYA
28.NORAZIMAH BT DIN - SK PEREMPUAN METHODIST
29.NOORFAZILAH BT BAHARIN - SK SRI KINTA
30.NURUL SALMA BT AHMAD AZIZI - SK TASIK DAMAI
31.SUMARNI BT OTHMAN - SK METHODIST (ACS)
32.NORAZLINA BT HJ NOOR - SK PERPADUAN

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai




KURSUS TAHSIN TILAWAH AL-QURAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM & j-QAF PERINGKAT DAERAH



Kepada,


Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pelaksanaan j-QAF 2005 (31 BUAH SEK.SHJ)
Daerah Kinta Utara.

Merujuk kepada surat ruj.kami : PPDKU 02/09/012 Jld 3 (15)


Sukacita dimaklumkan kursus di atas akan diadakan seperti berikut;


TARIKH : 20 & 21 JULAI 2011 ( RABU & KHAMIS )

MASA : 8.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) MANJOI

Sehubungan itu, pihak PPD memohon jasa baik pihak tuan memberi pelepasan kepada seorang guru j-QAF untuk menghadiri kursus di atas.


Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



LANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR KURSUS TAHSIN TILAWAH GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM & j-QAF


Kepada,


Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua,
Sekolah Kebangsaan Chepor,
Sekolah Kebangsaan Perpaduan,
Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa perkara tersebut di atas akan diadakan mengikut ketetapan berikut;


Tarikh : 20 & 21 Julai 2011

Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : PKG Manjoi

Sehubungan itu, pihak PPD memohon pihak tuan memberi pelepasan kepada guru berikut;


1.MUNTAHA KAMIL B HALID - SK MANJOI DUA

2.SYED MOHD BAKRI B. SYED ISHAK - SK DATO' AHMAD SAID TAMB.
3.SHAHRIL B. MOHAMED TANZIZI@SUHAIMI - SK PERPADUAN
4.PN ROSNIZA BT ABDUL RAHMAN - SK CHEPOR


Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian terima kasih.
' '' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...