Pages

ABA 2O11

No. Tel : O5-2559896
No. Fax : O5-2432785

Tuesday, November 24, 2009

::Selamat Hari Raya Haji::



^^jangan terkejut plak...byk pahala bg sesiapa yg wat korban^^

Friday, November 20, 2009

::Majlis Khatam Al-Quran::

Pada 18/11, kami telah mengadakan majlis ini. Ianya dirasmikan oleh Tn Hj Wan Ahmad Salahuddin (Pen.PPD Pend. Islam). Seramai 28 org murid telah khatam di dlm majlis ini.


 Tn Hj Wan Ahmad Salahuddin yg sedang menyampaikan ucapan & merasmikan majlis ini
 
Guru Besar & Murid Khatam


Dr kiri: Pn Naimah (GB), Tn Hj Wan dan En. Abu Hasan (NYDP PIBG )


Peneraju Majlis Khatam Al-Quran


Jawatankuasa Kerja yg mantap


Ini pula Peneraju Wanita yg gagah (alamak,mata pejam plak...)

 
AJK Nasyid yg comel

::Kem Bestari Solat~Penutup~::

Kem yg t'akhir ni diadakan pada hari khamis 19/11 yg lepas. Jom tgk perjalanannya.

Murid-murid mengangkat wuduk utk solat zuhur berjemaah


lil' muslimin sof

 
lil' muslimat sof


Salah seorang peserta yg cemerlang dlm sepanjang KBS


Inilah KBS yg terahkir bg tahun 2009/1430H. Laporan nti kami hantar yek.....

Saturday, November 14, 2009

::Hari Anugerah Cemerlang 2oo9::

Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar, di sini ade sedikit memori utk tatapan semua.


Blog j-QAF dirasmikan oleh YB Dato' Hasbullah b Osman D.P.M.P, A.M.P, J.P



  Barisan 'orang kuat' Pameran dan HUDP. Dari kiri, Pn Rahimah (Penyelaras Pameran), Pn Farawahida (Pen.S/U), Pn Noraini (Setiausaha), Pn Intan (Bendahari).


Adik Nuruunabilah mempraktikkan tulisan khat. (Peserta Tulisan Khat 2oo9 Peringkat Negeri Perak)

Friday, November 13, 2009

::Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab::

Pada 20 & 21hb Oktober yg lepas, saya dan juga Usth Farawahida telah menghadiri kursus ni.Banyak input yg kami dapat. Syukran Jazilan kpd JU  dan Pegawai Pend. Islam PPD Kinta Utara. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ahmad Lutfi b Abu Bakar (Pen. Pengarah j-QAF Perak).








Barisan terpenting Pegawai Pend. Islam & j-QAF PPD Kinta (U), Perak.

Sunday, November 8, 2009

::Apa itu j-QAF?::

j= jawi   Q= Quran  A= Arab  F= Fardu 'Ain  


Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain. 


MODEL ENAM BULAN KHATAM AL-QURAN


Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat. 
Model 6 Bulan Khatam al-Quran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.
Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA’. Pada 6 bulan kedua pengajaran al-Qur’an menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6.


MODEL TASMIK


Model Tasmik Khatam al-Quran pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada GURU-GURU j-QAF. Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan. 
 
MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI


Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Model-model Pengajaran dan ko-kurikulum dalam bahagian Model Peluasan Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.
Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.


MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI


Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. 
Model Kelas Pemulihan Jawi akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 jawi di ajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia di ajar selama 1 waktu seminggu.


MODEL BESTARI SOLAT


Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. 
 elaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.
Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.
' '' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...