Friday, March 16, 2012
Tuesday, March 13, 2012
.::Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat::.
seronoknyer kalau wanita muslimah berpakaian sebegini ;) |
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek serta memakai stokin tangan yg ketat hingga menampakkan bentuk tangan.
.::Tahniah En. Badrul & Selamat Bertugas di tempat baru::.
Tarikh : 9 Mac 2012 (Jumaat)
Tempat : Sekitar SKJPBG Ipoh
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Badrul, sedih rasenyer hati kami semua di sebalik kegembiraan di atas kenaikan pangkat sebagai PK KO-KO di SK Pengkalan Pegoh, Ipoh...Nanti datang bertugas di SKJPBG pula yer...Amiiiinnnnn....
Wajah Kesayangan Guru Disiplin Kami... |
Gambar kenang- kenangan... |
Hadiah daripada kami semua, huhuhuhu... |
Kehadiran Cikgu Badrul dialu-alukan sentiasa....;) |
Saturday, March 3, 2012
.::Maklumat Terkini dari JPN Perak::.
1) Soalan Selaras Bahasa Arab Negeri Perak 2012
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil 5/2011 maka tiada lagi soalan selaras disediakan di peringkat PPD dan JPN. SPI akan memuatnaik SEMUA soalan yang telah siap bagi kegunaan 2012 sebagai set latihtubi secara berperingkat.2) Instrumen Pemantauan Online
SEMUA sekolah pelaksanaan j-QAF diminta untuk mengisi instrumen bekenaan secara online.Satu salinan instrumen (BUKAN yang dicetak dari pengisian online)yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke PPD.TEMPOH pengisian dilanjutkan kepada 9 Mac 2012. Hanya sekolah yang lengkap mengisi data sahaja yang akan diproses dan yang lain akan dimasukkan dalam kumpulan sekolah yang belum / tidak lengkap untuk tujuan Pelaporan Pemantauan.
Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)