Pages

ABA 2O11

No. Tel : O5-2559896
No. Fax : O5-2432785

Wednesday, December 16, 2009

::WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM::





Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka akan menyembuhkan semua penyakit " Hadis Abu Hurairah

Namun apabila kerana suatu keperluan pengubatan yang mendesak dan dengan cara ini digunakan,bila saja waktunya dilakukan,maka ia tetap bermanfaat,meskipun diawal bulan mahupun akhir bulan.

Contohnya ada orang yang mengalami pendarahan atau gumpalan di otak,yang boleh menyebabkan badan mati separuh,maka berbekam ketika itu jauh lebih bermanfaat daripada menundanya hingga hari-hari kemudian/berikutnya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas.Wallahuaklam...

Waktu yang dilarang keras untuk rawatan bekam adalah pada hari RABU kerana pada hari itu adalah turunnya penyakit kusta dan pada hari itu jugalah Nabi Ayyub terkena bala.Penyakit kusta mahupun belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.

Para sahabat nabi kerap melakukan rawatan bekam sebulan sekali sehinggalah mereka tidak berbekam pada waktu bulan Ramadan.


TUJUAN BEKAM IALAH:

- Bekam merupakan suatu pengamalan sunnah Nabi
- Penyembuhan penyakit
- Pencegahan penyakit
- Memulihkan dan meningkatkan sistem imuniti tubuh
- Membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah

- Mengeluarkan racun dalam darah
Beberapa Titik Bekam Dan Keajaibannya
- ‘Ala Ro’sun ( puncak kepala) : melancarlkan sirkulasi darah dibagian kepala. Bagi anda yang sering sakit kepala, Vertigo, serangan sihir,stroke.
- Al- akhdain ( dua urat leher) : melancarkan darah ke bagian kepala. Bagi anda yang sering sakit kepala, pusing, migrain, vertigo, daya ingatan menurun

- Al- kaahil ( punduk ) : memperbaiki penglihatan. Bagi anda yang penglihatannya kabur dan mata sering lelah. Titik ini juga yang dimaksud Nabi sebagai titik ampuh untuk penyembuhan 72 penyakit.

- Al-katifain pundak ( bahu) : menormalkan tekanan darah, angin, dan kolestrol. Bagi anda yang menghidap penyakit hipertensi, kolestrol dan sulit menahan emosi.

- Daerah Belikat : menormalkan kerja jantung dan pernafasan. Bagi anda yang mempunyai gejala berdebar-debar, nafas cetek, mudah mengantuk, susah tidur, dada kiri sakit bila di tekan.

- ‘Ala Warik ( di bawah tulang rusuk iga ) : menormalkan fungsi ginjal. Biasanya sering sakit pinggang dan ruas pangkal jari tangan terlihat gemuk.

- ‘Ala dzohril qodami ( kaki sebelah atas betis ) : melancarkan sirkulasi darah dibagian kaki. Gejala yang sering timbul adalah pegal, stroke, kaki gajah. Indikasinya boleh dilihat dari kuku bergelombang, telapak tangan keras, biasanya telapak tangan ada bintik-bintik putih.

Tuesday, December 8, 2009

::Bukan SAKA tapi PUSAKA::



Penyakit yang dikatakan punca dari saka (jin) perlu diteliti semula kemungkinan besar kerana mengambil makanan haram hasil pusaka keluarga yang tidak bersih. Pengambilan makanan haram mewujudkan kegelisahan dalam hatri menurut Ibnu Qayim Al-Jauziyah. Sebelum kita menuduh sesuatu penyakit itu adalah gangguan jin terlebih dulu perlu diteliti dari mana sumber makanan kita sehari-hari.

Ini kerap berlaku pada dunia artis dan pekerja di tempat yang tidak syarie. Pendapatan yang tidak halal menyebabkan tubuh tetap menolaknya dan membentuk penyakit rohani yang tidak mampu difahami oleh manusia. Apabila berlaku di luar kemampuan akal, jalan mudah untuk menutup kajahilan, penyakit itu dituduh angkara jin atau saka.

~Dipetik dari: Tn Hj Ismail Hj Ahmad (Pengarah Urusan HPA)~

Tuesday, December 1, 2009

::Mari berkenalan::



Dari kanan Tn Hj Ahmad Lutfi b Abu Bakar (Pen. Pengarah j-QAF JPN Perak),dan Ustaz Amini b Ali (Pegawai Khas j-QAF PPD Manjung). Gambar ini saya copy dr ust shamsul punya blog...xpekan? Saya paste di sini kerana Ustaz2 ni banyak mengajar saya ilmu, petua2 utk berjaya n etc semasa saya di sekolah lama dulu. Tn Hj Ahmad Lutfi adalah ex-Ustaz semasa sy di SMKA SR dulu. Beliau memang fasih berbahasa arab dan MUMTAZ!. Beliau mengajar kami Bahasa Arab Tinggi.  Manakala Ust Amini adalah Pegawai Khas j-QAF PPD Manjung. Beliau merupakan ustaz yg BEST dan C00PERATIVE!
' '' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...