Pages

ABA 2O11

No. Tel : O5-2559896
No. Fax : O5-2432785

Thursday, August 19, 2010

Ayam Organik HPA – DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.


Nota : Di musim perayaan kalau diperhatikan, harga ayam melambung tingg,namun harga ayam HPA tetap maintain...

AYAM ORGANIK ( 1.5KG ) - RM15 (Harga pengedar), RM19 (Harga Pengguna)

Boleh didapati di semua cawangan HPA dan Stokis tertentu yg simpan stok ayam.

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)



يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلو

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)





Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Thursday, March 25, 2010

.::Teruskan Boikot Produk Yahudi...Laknatullah::.


Dikhabarkan monumen yg terdapat di suatu pameran 'seni' di Sepanyol... memang kurang ajar...

Thursday, March 11, 2010

::Bilik j-QAF kami::

Alhamdulillah, sek ini ade menyediakan satu bilik khas untuk j-QAF. Bilik ini telah dipertanggungjawabkan kepada saya i.e Pn Intan & Pn Farawahida bt Mohd Khalid. Terima kasih juga kepada Pn. Asiah yg sudi membantu dr segi mural sbb beliau mmg pandai mewarna n mengadun warna. Terima kasih juga kepada suami kami yg sedia membantu dlm mencantikkan bilik kami. Syukran jazilan ila En. Ghazali (suami saya) & En Mohd Hidayatul Kamal (suami Pn Farawahida). Jom tinjau....

~ Semua ikut baca, ammar sorang je mengintai belakang~


~ Eh...eh...eh...~


~ Bagus anak2 ini, InsyaAllah~


~Sudut Fail & Sudut Seni & Meja tilawah tu...wat sendiri~

~Pokok hikmat kami sbb xdpt pokok yg gantung2 tu~

~ Inilah tempat bekerja n rehat kami, jomlah mai sini...~


Ambil gambar nie semasa waktu Tasmi' Tahun 1....

::Bilik Agama::

Bilik ini sedang dinaiktarafkan oleh Bank Islam...jadi masih dlm proses...kita tengok dulu. Bilik ini telah dipertanggungjwabkan kepada Pn. Hjh Asiah bt Mohamad Sani & Pn Noraini bt Ahmad Sapar. Bertungkus lumus beliau dlm menyiapkan bilik ini...disamping ditolong oleh guru jQAf...hihihi....Sesapa ade komen...silalah ke ruang yg disediakan yer....







::Program anjuran NSTP & Bank Islam::

10 Mac 2010, sekolah ni terpilih utk menyertai PROGRAM "SAVE OUR PLANET,WE DECIDE" anjuran NSTP & BANK ISLAM...jom tengok ape yg menarik.....

Wah....khusyuknyer murid2 ni...

Inilah fasilitatornyer...

Sedang mendaftar sebagai ahli NIE's Edu

Yeah....bravo....

::Tahniah!!! Tamat sudah sukan sekolah::


Pada 6 Mac yg lalu, sek saya telah mengadakan Sukan Sekolah. Di bawah ni, ade beberapa sisipan gambar, amik dari Pn Zurina bt Safri punya gambar ni...minta yer kak...tima kasih...


Pasukan Rumah Biru (Johan 4 thn berturut2 ni..)


 Pasukan Rumah Hijau (Naib Johan Tahun ni...Rumah saya ni.....)

Pasukan Rumah Merah (Tempat Ketiga)


Pasukan Rumah Kuning (Tempat Keempat, xper, thn depan cuba lg yer....rumah hijau thn lepas tempat keempat gak...)

Acara pembukaan...pon pon...


Sedia.....lariiiii....
AJK makanan...tp Ketua (Pn Hjh Asiah) kami xder...beliau sibuk menguruskan makanan...

Tuesday, February 9, 2010

::Warga SKJPBG::

Inilah warga yang berjuang dalam mendidik anak bangsa

Thursday, January 28, 2010

::Senarai 20 Sekolah Menengah & Rendah Terbaik Di Malaysia::


Jika sebelum ini kita telah melihat senarai sekolah menengah terbaik Malaysia bagi keputusan PMR 2009, kali ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah pun menyenaraikan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai salah satu langkah  kementerian ke arah meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Mari kita lihat sekolah mana yang tersenarai.
Yang pastinya, untuk sekolah di bawah ini tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada kalangan 10,000 buah sekolah seluruh negara , bukannya mudah. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

10 Sekolah Berasrama Penuh
  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  • Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  • Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.
4 Sekolah Menengah Harian
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang
6 Sekolah Rendah
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.
Apabila sekolah di atas tersenarai sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia, sekolah-sekolah ini pastinya diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar. Itu janji dan keistimewaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
“Sekolah-sekolah SBT ini diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minimum mata pelajaran serta memanjangkan atau menamatkan tempoh persekolahan lebih awal,”
 

Thursday, January 21, 2010

::salam ukhwah::





agak terlalu lame saya xmencoretkn ape2 di sini. sibuk sikit (alasan je tu...). byk cerita baru dr blog2 sahabat saya. ade yg wt bisnes sendiri, sibuk ngn tahun 6, ade gk yg menerima murid yg br jer masuk sek - bkn ape, kkdang yg masuk sek kita tu muridnyer agak .........,mcm2lah. tp sebagai pendidik itulah yg patut kita tempuhi, sampaikanlh ilmu, wpun ajar satu tajuk, budak fhm sikit pun jd, asalkn salah satu objektif pnp kita tercapai. payahkan jd pendidik sekarang, kena ikut rentak situasi terkini...zaman ict katekan.


yg terbaru, dr blog TN HJ AHMAD LUTFI, pertukaran guru j-QAF sehala dh ade, tp yg sememang2nyer layak jelh...ape lg, trylah mintak manetau d rezq...hihihihi....TP INGAT, jgn asyik dok pk nk tukar2, nti anak murid terabai tau.....anyway gud luck to whom grab this challenges....arjukum fin najaah....

Thursday, January 7, 2010

::Jadual Gaji Kakitangan Awam::

Jadual Bayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2010


::Kekurangan Guru j-QAF, Cabaran & Penyelesaiannya::

Cabaran 2010

Dipetik dari blog Peg. Khas PI, Manjung



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat di tahun baru 2010 ini.
Tentunya tahun baru ini lebih banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua yang bergelar pendidik, sama ada dari segi kurikulum pendidikan Islam, ko kurikulum dan dakwah.
Di kesempatan ini bagi semua guru Pendidikan Islam sekolah rendah sama ada j-QAF atau bukan ada beberapa maklumat ingin dikongsi bersama.

1. Keperluan guru 2010
makluman untuk semua, bagi tahun 2010 saya dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.

Cadangan bagi mengatasi masalah.

Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.


2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.

Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

Ilal Liqa' Wassalam

Sila sebarkan. Terima Kasih

Monday, January 4, 2010

::Selamat Kembali ke Alam Persekolahan::





Assalamualaikum....
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini amalan kita bertambah baik, xkira dari apa pun segenap segi. Berjuanglah dgn ikhlas apa yang kita perolehi dan didiklah anak bangsa kita agar mereka mnjadi murid yg cemerlang dr segi sahsiah dan akademik. Inipun ingatan utk saya juga kerana ada masa semangat kita turun dan naik seperti juga iman ada yg "yazid wa yanqus"....Ingatlah kita TIDAK SEMPURNA, masih lagi mengharapkan Pertolongan dan KeredhoanNya....
Ma'asalaamah wa ilal liqa'...:)
' '' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...