Pages

ABA 2O11

No. Tel : O5-2559896
No. Fax : O5-2432785

Saturday, May 7, 2011

.::Majlis Persaraan Pn. Habisah Bt Saidin (PK HEM)::.

Beliau telah bersara pada 25/04/2011 yang lepas. Beliau yang dikenali panggilan 'IBU' ini sangat tegas dan ramah orangnya. "Selamat Bersara Puan Habisah".


'Selamat Bersara'

Barisan Pentadbir & YDP PIBG

:)
;)
Menandatangani buku kedatangan utk kali yang terakhir sambil diiringi oleh Tuan Guru Besar
Persembahan dari guru utk Pn. Habisah
Majlis Hi-Tea di Hotel Syuen, Ipoh








Thursday, April 14, 2011

.::Pengurusan demam::.


Demam panas yang tinggi menyebabkan berlakunya hidrasi (kering air) dalam tubuh. Bagi kes yang serious akan berlaku kekejangan yang dikenali sebagai "epilepsi" ataupun sawan. Pengurusan demam ialah segala usaha yang dilakukan untuk mengatasinya melalui kaedah Perubatan Jawi.

Kita telah mengumpulkan pelbagai teknik pengurusan yang lebih cepat dari penggunaan ubatan kimia dan ubatan kimia juga bukanlah jalan yang terbaik untuk tujuan ini. Selain dari organ anak yang masih lemah terutamanya ginjal kandungan aluminium hidroksida juga menjadi pengancam kehidupan masa hadapan.

Amalan yang terbaik.

1. Mandi selepas waktu Isyak hingga merasa benar-benar sejuk.
2. Mandi pada waktu subuh.
3. Menjaram dengan daun bunga cina.
4. Menyapu dahi dengan bunga melur.

Herba yang digunakan:

1. Teh untuk imuniti (Daun bidara)
2. IMT Drink
3. Kapsul IMT
4. Kopi Radix dan Madu Lebah Asli
5. Teh Hirta (batuk dan kahak)
6. Air kelapa
7. RTD Asam Jawa
8. Teh Roselle / Kapsul Roselle

Buah-buahan yang pantang diambil :

1. Buah rambutan
2. Buah durian
3. Buah tembikai

Demam denggi :

1. Teh Denggi.

Kebiasaan sekali minum sahaja platlet di dalam darah akan terus naik dan tiga gelas sudah berlaku kesembuhan. Ini dapat dibuktikan dengan testimoni yang datang dari masa kesemasa. InsyaAllah.

.::SelaMat Datang Dr. Saparudin B Ahmad::.

Agak terlalu lama tak mengemaskini blog ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berkhidmat di sekolah kami kepada DR SAPARUDIN B AHMAD. Beliau telah bertugas di sekolah kami thn lepas lagi pada bln November 2010. Manakala PN NAIMAH BT JAAFFAR telah ditukarkan bertugas di SK Bandar Baru Putra, Bercham. Banyak kenangan yg telah Pn Naimah cipta di sekolah ini. Telatah, ketegasan beliau masih lagi di dalam ingatan kami semua. Di sini saya letakkan gambar Guru Besar kami yang baru dan gambar kenangan Pn. Naimah... Jom check it out....
Inilah GB kami...DR SAPARUDIN B AHMAD

Gambar PN NAIMAH (berbaju biru). Beliau datang juga semasa majlis persaraan Pn. Hasbi kami (PK 1)



Tuesday, April 12, 2011

.::Bilik Agama kami yang ceria::.

Ini Bilik Agama kami yang dikelolai Pn. Hjh Asiah bt Mohamad Sani...Jom tengok perbezaan dari dulu n sekarang pastu tgk Bilik j-QAF kami plak...

BBM yg menarik...

Ni dia orang kuat kami...Pn Hjh Asiah yg menata hias bilik ini...

Pssstttt....

Marilah kita berdoa...

Allahummmaftah 'alaina...


Membaca kalimah syahadah...


.::Bilik j-QAF kami berubah wajah sikit::.

Inilah hasil kerja dikit-dikit kami walaupun xsehebat mana....

Anak-anak ni baru nak belajar

Sudut Seni + Sudut Tugasan

Dulu lain, la ni lain ckit

Kanan sekali tu sudut letak BBM, murid bleh main bila latihan dah siap...

Anak didik yang comel...

Senyummmmm.....

Tulah tempat kami membuat tugasan...


Tekunlah tu...

Ni dia...Penyelaras Bilik j-QAF

..::Majlis Persaraan PK Pentadbiran, Pn Hjh Hasbi Bt Zamri::.

Agak lama tidak menulis di dalam blog ini. Tup tup saya cuba utk meng'activate'kan news yang ada...
Jasamu dikenang Pn Hjh Hasbi....

Seorang PK yg mantap

Saat biodata hidup dibacakan

Kali terakhir menanda buku kedatangan

InsyAllah...hanya Allah dapat membalas jasamu...

Thursday, August 19, 2010

Ayam Organik HPA – DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.


Nota : Di musim perayaan kalau diperhatikan, harga ayam melambung tingg,namun harga ayam HPA tetap maintain...

AYAM ORGANIK ( 1.5KG ) - RM15 (Harga pengedar), RM19 (Harga Pengguna)

Boleh didapati di semua cawangan HPA dan Stokis tertentu yg simpan stok ayam.
' '' Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...